06 December 2011

Dunia.

Dunia. Bila dikata hanya terasa kecil tetapi di mata, Terbentang luas. Tidak cukup kudrat kita untuk menjelajah isi dunia. Memang banyak perkara yang tidak boleh diceritakan melalui kata kata.

Didunia terdapat mahluk mahluk yang diciptakan oleh Allah SWT. Tetapi yang terbaik adalah manusia. Dikurniakan sepasang mata, sepasang tangan, sepasang kaki. Manakala Mulot, hidung, otak, Dan hati adalah satu.

Manusia memang rumit bila difikirkan kembali. Segala yang mereka lakukan harus ada sesuatu disebaliknya. Aku tidak pernah melihat seorang manusia pun yang Termulia kecuali Nabi Muhammad SAW.

Dunia Akhir Zaman. Aku berada di Zaman yang terakhir setelah beribu ribu tahun yang dulu. Aku merasakan bahawa zaman dahulu lebih baik daripada zaman sekarang. Kerana manusia sekarang tidak menggunakan otaknya dengan betul.

Setiap perbuatan dibuat tanpa dikawal, tanpa berfikir. Mungkin kerana Hasutan SYAITAN kepada umat Rasullulah yang terakhir ini adalah yang paling hebat. Walauapapun kita harus menanganinya dengan tenang. Belajarlah segala sifat sifat mulia. Insya-Allah hidup kita tenang di dunia dan Akhirat.




P/s - Jika masa boleh diputar, Aku ingin menjadi seorang budak kecil yang penuh iman didada.

No comments:

Post a Comment