Terngiang-ngiang di dalam sudut fikiranku bahawa aku merindukan zaman persekolahan rendah . Aku berharap jika ada mesin yang memutarkan masa . Aku akan dapat merasakan itu semua semula .
Dan benda itu berlaku pada tanggal 10.11.2011 . Aku amat bersyukur Ya Allah kerana kau satukan kami di tarikh itu , kegembiraan yang aku rasa hanya Yang Maha Esa sahaja tahu bahawa aku merindui mereka sekian lama .
Kepenatan yang aku alami amat berbaloi kerana aku terhibur dengan gelagat kawan kawan lama . Sumpah aku merasakan bahawa diri aku sudah jauh meninggalkan perkataan 'Budak' kerana aku sekarang di panggil 'Remaja' .
Setiap kejadian telah tertulis . Dan aku harap perkara yang berlaku akan terulang dimasa aku dipanggil anak teruna . Aku berharap aku akan bersama mereka di masa besar .
p/s = Wajah mereka terlintas difikiranku :)
12 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment