Alhamdulillah aku masih bernafas. Bersyukur kehadrat Illahi. Sesungguhnya dia yang mengawasi aku selama ini. hari ke-dua aku membaca novel yang bertajuk Cinta Sufi. Aku terasa sangat sayu.
Aku merasakan bahawa aku yang berada di dalam novel itu. Aku yang menjalani penggambaran itu. Tidak aku sangka seorang penulis berbangsa Melayu, BerAgama Islam boleh mengarang cerita yang seindah itu.
Tersemai segala pujian kepada Allah S.W.T. Dia tidak pernah lupa kepada Allah sepanjang dia berkarya. Segala yang berkaitan Islam dia sematkan supaya pembaca bisa mengikutnya. Aku tidak pernah membaca buku sekhusyuk ini.
Alhamdulillah aku berkata bahawa, Ada juga seorang Manusia berAgama Islam bergini. Segala karyanya hanya Allah tahu bertapa indah. Dan sekarang ini aku berasa sangat bersyukur bahawa aku Dilahirkan sebagai seorang muslim.
Aku bangga menjadi bangsa melayu dengan adanya pengarang seperti ini. Tidak pernah aku membaca buku seperti ini sebelum ini. Selagi aku berkata, Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang islam.
P/s = Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Aku berharap supaya semasa aku meninggalkan muka bumi ini juga aku sebagai seorang muslim.
14 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment