27 March 2012

Time By Time.

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat bernafas sepanjang darah mengalir didalam badan. Tidak pernah aku fikirkan kenapa kita tidak bersyukur, Kenapa kita bergitu angkuh dengan Allah sedangkan DIA yang menjadikan kita dimuka bumi ini. Mari bersama renungkan.

Masa berganti masa aku masih lagi remaja yang tidak ada hala tujuan hidup. Aku cuma melakukukan perkara yang memuaskan hati aku. Perkara yang menggembirakan aku. Dan perkara yang melupakan masalah aku. Tetapi alhamdulillah aku masih sujud padamu Ya Allah.

Jadikan lah aku seorang tentera muslim yang sentiasa mengingatiMu diwaktu senang atau susah. Diwaktu lapang atau sibuk. Diwaktu dipimpin mahupun berjalan sendiri. Alhamdulillah kau kurniakan segala kemudahan kepadaku. Segala yang kau berikan aku bersyukur dengan redha.

Alhamdulillah berita baik buat tahun ni adalah.... My sister gonna get married. Alhamdulillah Allah dah tetapkan jodohnya. Alhamdulillah meraka dapat menangiskan syaitan kerana kahwin diwaktu muda. Semoga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Sedikit masalah berlaku antara keluarga aku dan keluarga ipar. Aku tidak faham mengapa mereka yang merasa garam daripada aku tidak dapat berfikir secara rasional. Allah kurniakkan otak untuk berfikir mana baik dan mana buruk, Tetapi kenapa kamu tidak menggunakanya dengan elok?

Aku mungkin hanya manusia yang dipanggil remaja. Tetapi aku dapat berfikir dan aku dapat menangani masalah dengan sendiri. Perlukah kau mengaib kan keluarga sendiri dikhalayak ramai. Besar dosanya. Aku berdoa agar kau tahu mana yang baik dan buruk.

Lidah setajam pisau. Bisa menggores jiwa sekalipun dengan sejangkal perkataan. Harap maaf jikala aku menyakitkan hati kau. Aku tidak berniat bergitu kerana aku tahu aku hanya manusia yang membuat dosa. Dan tidak sedar tentang dosa itu.

Marilah bersama-sama menadah tangan mensyukuri Illahi kerana masih meminjamkan masa, nyawa serta roh dimasa kini. Harap apa yang aku katakan tidak menggores mana-mana pihak. Assalamualaikum.

P/s - Kadang kala manusia yang merasa garam terlebih dahulu tidak merasa kemanisan seperti manusia yang merasa garam kemudian.

No comments:

Post a Comment