03 June 2012
Mati
Apabila berbicara tentang mati. Amat susah sekali ingin melihat salah seorang manusia dimuka bumi ini tidk terfikir tentang amalan. Mereka mungkin terleka tetapi apabila bersebut tentang mati segala fikiran terbuka untuk mencari pahala. Tetapi apakan daya, Manusia ini lemah. Manusia ini mudah lupa.
Aku sebagai salah seorang manusia dan mahluk Allah SWT sangat bersyukur untuk menikmati pahit manis didalam hidup serta dunia ini. Tetapi tidak aku tahu mengapa aku terlalu ingin tidur dulu. Seolah-olah diri ini kosong di dunia. Mungkin aku sangat jauh dengan Allah. Terlalu leka dengan keindahan duniawi.
Sahabt sejati menjadi pengikat semangat untuk terus hidup. Tidak lupa juga kepada keluarga yang terlalu penting bagi aku untuk terus hidup. Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu adakah lambat atau cepat. Sesudah berbicara tentang mati. Pembalasan yang menanti. Terkesan diingatan sebagai manusia pembalasan yang perlu diharungi.
Apakah daya, aku hanya manusia yang lemah. Yang tiada tolok banding dengan malaikat yang menjaga segala pelusuk dunia. Aku hanya manusia yang keji yang tidak setaraf dengan Rasul-rasul yang dipilih. Tetapi aku manusia yang mampu menaikkan martabat orang islam. Dan itu keistimewaan seseorang manusia.
Aminkanlah doa sahabat mu ini. Ya Allah Ya Tuhanku. Kami ini sangat malu kepada mu, Setelah kau memberi segala kemudahan dan kegembiraan kepada kami, Kami tetap melupakanMu Ya Allah. Kami ini hanya insan yang lemah. Insan yang hina, Insan yang keji. Yang tiada apa dimata mu. Oleh itu kami ingin memohon kepadaMu. Lindungilah kami dari nerakaMu. Berikanlah kami SyurgaMu. Dan tempatkan lah kami di tempat tempat orang yang beriman.
Semoga kita berjumpa di tempat yang Allah janjikan kawan kawan ku. Berhentilah berharap dunia akan memberi segala-galanya. Sesungguhnya, Akhirat itu kekal. Teruskan berzikir, Teruskan berselawat ke atas junjungan besar nabi ki iaitu Muhammad SAW. Supaya dia mengaku kita ini adalah umatnya. Mati itu pasti. Jikalau pemergianku kelak, janganlah kau tangisi. Kerana aku akan menunggumu disana :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment