Mungkin salah disisi kau wahai ayah kerana aku ingin terus mencari rezeki . Memang tanggungjawab aku senang sebagai seorang pelajar . Tetapi kau jua pernah berkata . Kalau tidak boleh menyenangkan orang , jangan menyusahkan orang .
Aku bukan ingin menjadi seorang anak yang derhaka . Aku cuma mahu merasa nikmat dunia . Mungkin aku masih seekor burung yang perlu dipimpin untuk terbang , tetapi aku jua ingin berdikari untuk terbang .
Bukan bebas aku mahukan , cuma sedikit kelonggaran . Aku terasa terlalu dikongkong , tetapi aku tidak menyalahkan kau jua wahai ayah . Kerana itu adalah tanggungjawab kau .
Sekarang fikiran ku hanya untuk mencari rezeki , untuk memegang duit sendiri . Seharusnya kau sebagai ayah membiayai anak anak nya , tetapi aku tidak mahu menyusahkan kau bersusah payah berpeluh . Biarkan aku rasa pula kesusahan mu .
Mungkin dengan hasil kerja ku ini aku dapat pengajaran untuk belajar dengan bersungguh-sungguh . Segala kesilapan ku harap kau maafkan wahai ayah . Sekian dari anakmu .
p/s = Kalau aku tidak bisa belajar betul betul , Pastikan kerja dengan betul betul .
07 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment