Berjalan seorang diri tanpa arah dituju . Tidak pernah aku rasakan bergini , mengapakah aku harus berjalan ? walaupun arah yang aku cari masih belum lagi dipastikan . Penat lelah berjalan di buang dari minda fikiran . aku berdiam .
Terdengar gauman petir sambar menyambar , menitik hujan mencurah ke bumi . Alhamdulillah aku berkata , dunia ini masih dirahmati olehnya . Pelahan aku bisikan ke dalam jiwa , pernahkah aku berfikir ? adakah diriku masih lagi dicucuri lagi olehNya ?
Biarpun hujan memberatkan perjalanan aku , aku tahu . kita di beri akal dan fikiran . berjalan sendiri , tidak bertegur sapa . bergitu juga hidup . Aku mampu melakukan semuanya , walaupun aku Seorang .
Terlintas kah aku masih mengigati pesanan yang berkurun lama diutuskan olehNya ? Aku tidak sedar , aku hanya menumpang di dunia ini . Aku dilihat besar di dalam dunia . Tetapi kecik di matanya . Hanya dosa dan pahala yang menampakkan kebesaran aku kepadaNya .
Noktah ? itulah pengakhiran setiap manusia di muka bumi ini . Tidak perlu berkata apa jika dia mahu menarik segala yang DIA limpahkan kepada kita . Sedangkan kita tersenyum , mimik muka kita boleh di ubah menjadi muram .
Itulah , lumrah hidup di dunia . Tiada manusia yang melaungkan , "AKU PUAS HIDUP DI DUNIA" . Hanya manusia yang meletakkan otaknya dilutut melaungkan bergitu . Dan aku . Tidak mahu sisa hidupku berakhir bergitu . Kerana dunia yang mengajar aku semuanya . terima kasih .
p/s = Biar angin mengulit aku kesejukkan . aku akan terus berjalan . kerana dalam hidup , tiada jalan mati ~
15 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment